Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar memerintahkan lelaki yang amuk di kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan, Ahad lepas, menjalani pemeriksaan dan pemantauan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta.<br /><br />Perintah dikeluarkan Hakim Rohaida Ishak mengikut seksyen 342 kanun tatacara jenayah terhadap tertuduh, Zainordin Mohamed, 36 tahun, selepas membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya Nur Asmaniza Muhamad.